Trailer kedua ‘Peninsula’ tampilkan kepayahan hidup selepas tragedi Train To Busan

Trailer kedua ‘Peninsula’ tampilkan kepayahan hidup selepas tragedi Train To Busan

Dalam sekual kedua menunjukkan dunia bertukar menjadi tempat yang didominasi oleh zombie dan hanya sekumpulan manusia sahaja masih survive.

Pasti semua peminat filem Korea atau seram akan ingat dengan filem terhebat “Train To Busan”.

Baru-baru ini sekuel untuk filem ini, “Peninsula” mengeluarkan trailer rasmi kedua mereka.

Ia lebih kepada menceritakan tentang kehidupan penduduk dunia selepas 4 tahun kejadian serangan zombie di Korea Selatan.

Dalam sekual itu juga menunjukkan dunia kini bertukar menjadi tempat yang didominasi oleh zombie dan hanya sekumpulan manusia sahaja yang masih survive.

Jung-Seok, seorang askar yang terselamat daripada ancaman zombie diarahkan untuk menyertai sebuah lagi operasi dengan 2 objektif mudah: pergi dan menyelamat.

Beliau bertemu manusia yang masih terselamat dan hidup mati mereka kini berada di tangan Jung-Seok.

Filem ini tetap diarahkan oleh Yeon Sang-Ho, pengarah asal Train To Busan.

Peninsula kekal akan ditayangkan di pawagam musim panas ini.

Sudah pasti ramai yang rindu untuk menonton filem di pawagam dan filem bakal menjadi tumpuan apabila ia keluar kelak.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.