SC tunggu respons PNB berhubung musykil dalam kelayakan bekas pegawai eksekutif

SC tunggu respons PNB berhubung musykil dalam kelayakan bekas pegawai eksekutif

SC berkata, PNB dikehendaki menjalankan usaha wajar berhubung kemampuan dan kompetensi individu yang akan memimpin syarikat berlesen itu.

Ketua pegawai eksekutif Permodalan Nasional Berhad Abdul Jalil Rasheed meletak jawatan selepas 9 bulan dilantik ke jawatan itu.
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berkata, ia menerima pengesahan berhubung kemusykilan berkait kelayakan akademik dan pengalaman kerja bekas ketua pegawai eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) Abdul Jalil Rasheed.

Dalam satu kenyataan, SC berkata, ia dimaklumkan berhubung kelayakan dan pengalaman Jalil dalam pemakluman PNB baru-baru ini.

SC berkata, ia merujuk penjelasan daripada pihak terbabit berhubung kemusykilan itu. “Respons PNB belum diterima”.

SC menjawab laporan mengenai Jalil yang meletak jawatan pada 15 Jun selepas 9 bulan dilantik ke jawatan itu.

Ahli Majlis Tertinggi PPBM Abdul Kadir Jasin berkata, Jalil dipaksa meletak jawatan kerana dakwaan kemusykilan berkait kelayakan akademik beliau.

SC berkata, di bawah Buku Panduan Pelesenannya, pemegang lesen perkhidmatan pasaran modal (CMSL) seperti PNB perlu memperoleh kelulusan SC berhubung pelantikan ketua pegawai eksekutifnya.

Syarikat itu dan Lembaga Pengarahnya dikehendaki menjalankan usaha wajar berhubung kemampuan dan kompetensi individu yang akan memimpin badan berlesen tersebut.

Ini menurut SC termasuklah, antara lain, menilai kemampuan individu melaksanakan kemahiran dan usaha wajar dalam menjawat jawatan tersebut.

Selain itu, ia juga perlu melaksanakan “penilaian kawal selia” ke atas latar belakang individu terbabit dengan agensi penguatkuasaan berkaitan sebelum lantikan dibuat.

Ia berkata: “sebagai pemegang CMSL, PNB hendaklah memastikan semua maklumat yang dikemukakan kepada SC untuk pelantikan presiden dan ketua pegawai eksekutifnya, termasuk pengalaman kerja dan kelayakan akademik, yang disertakan dalam borang permohonan dan dokumen sokongan adalah benar dan tepat selepas melaksanakan pemeriksaan usaha wajar.”

Ia berkata, keperluan itu disebut dengan jelas dalam borang permohonan berkaitan.

“Dalam hal ini, syarikat berkenaan memaklumkan kepada SC bahawa semua maklumat yang dikemukakan kepada SC berhubung pelantikan bekas presiden dan ketua eksekutifnya adalah benar dan tepat.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.