Pemuda PKR tidak sokong Dr M sebagai calon perdana menteri

Pemuda PKR tidak sokong Dr M sebagai calon perdana menteri

Semalam setiausaha organisasi DAP Loke Siew Fook berkata, PKR perlu menyatakan pendirian berhubung calon perdana menteri PH, antara Anwar Ibrahim dan Mahathir.

Ketua Pemuda PKR Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, badan itu hilang kepercayaan terhadap kemimpinan Dr Mahathir Mohamad.
JOHOR BAHRU:
Pemuda PKR hari ini berkata, ia tidak akan menyokong Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) kerana sudah hilang kepercayaan terhadap pemimpin beliau.

Ketua Pemuda PKR Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, beliau percaya pendirian yang diambil itu mewakili suara akar umbi PKR dan pendukung PH.

“Ingatlah, kejatuhan kerajaan PH tidak akan berlaku sekiranya perdana menteri ketika itu (Dr Mahathir) tidak meletakkan jawatan tanpa perbincangan dengan PH,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Kenyataan beliau muncul selepas setiausaha organisasi DAP Loke Siew Fook berkata secara terbuka semalam bahawa PKR perlu menyatakan pendiriannya berhubung calon perdana menteri PH, antara presiden PKR Anwar Ibrahim dan Mahathir.

Sementara itu, Majlis Kepimpinan Pusat PKR mengeluarkan satu kenyataan di ibu negara hari ini menyatakan mesyuarat bulanan parti itu esok akan memuktamadkan pendirian parti berhubung jawatan perdana menteri itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.