
Bagi peminat Harry Potter pasti ini satu berita yang menggembirakan.
Sudah pasti Potterhead akan menjadikan Jepun sebagai destinasi untuk dikunjungi pada tahun 2023.
Ini kerana difahamkan, taman tema Harry Potter akan dibuka di Jepun dan anda dapat mengunjungi dunia penuh keajaiban itu dalam masa 3 tahun lagi.
Taman tema itu akan dibuka selepas penutupan taman hiburan Toshimaen di Nerima yang berusia lebih 94 tahun.
Pihak Warner Bros. hanya akan menyewa sebahagian tempat tersebut dan kawasan lain akan dibeli oleh kerajaan Tokyo.
Rekaan taman tema Harry Potter ini akan sama seperti Warner Bros. “Studio Tour” di London dimana pengunjung boleh melihat set produksi, dekat dengan props seperti kayu sakti dan sebagainya serta membeli-belah di Diagon Alley.
Bagaimanapun taman tema ini tidak akan ada rides seperti di Universal Studios Jepun.
Bagi peminat Harry Potter pastinya gembira dengan berita ini tetapi ada juga yang bersedih dengan penutupan taman hiburan Toshimaen.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]