
Baru-baru ini, tular gambar menyayat hati menunjukkan betapa tingginya kasih sayang seorang lelaki muda kepada neneknya.
Difahamkan, insiden ini berlaku di kawasan tempat letak kereta di Hospital Awam Mexico.
Ketika kejadian, lelaki muda ini sedang membawa neneknya ke hospital selepas wanita tua ini mula menunjukkan simptom Covid-19, lapor El Diardo de Nanchital.
Lelaki ini kemudian meninggalkan neneknya di dalam kereta untuk memanggil petugas kesihatan tapi bila dia datang balik, dia tengok neneknya dah tak sedarkan diri.
Tanpa memikirkan tentang risiko jangkitan, lelaki ini terus melakukan bantuan pernafasan mulut ke mulut untuk menyelamatkan neneknya, namun ia tidak membuahkan hasil.
Bila doktor tiba di tempat kejadian, mereka sahkan wanita malang itu telah meninggal dunia.
Manakala gambar-gambar yang diambil ketika kejadian dikatakan diambil oleh seorang jurugambar majalah.
Bagaimanapun belum pasti sama ada lelaki tersebut dijangkiti Covid-19 atau tidak.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]