Semua taska berdaftar dibenarkan beroperasi serta-merta

Semua taska berdaftar dibenarkan beroperasi serta-merta

Tadika dan tabika belum dibenarkan beroperasi.

PUTRAJAYA:
Semua 7,000 taman asuhan kanak-kanak yang berdaftar dengan kerajaan dibenarkan beroperasi selepas mesyuarat khas menteri meluluskan tatacara operasi standard yang diperkemaskan berhubung operasi taska hari ini.

Pengusaha diminta merujuk laman web Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk maklumat lanjut.

Sebelum ini, hanya 304 taska dibenarkan beroperasi berpandukan SOP kerajaan semasa perintah kawalan pergerakan berkuatkuasa.

“SOP taska yang diperkemaskan ini akan membolehkan baki 6,696 Taska untuk beroperasi serta merta,” kata Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob pada sidang media hari ini.

Berkenaan taman didikan kanak-kanak (Tadika) dan taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) pula, SOP operasinya akan diselaraskan Kementerian Pendidikan sebelum dibenarkan beroperasi.

“Ini kerana pengurusan Tadika dan Tabika bawah penyeliaan pelbagai kementerian,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.