
Sejak dunia dilanda pandemik Covid-19 penghujung tahun lalu seluruh kehidupan normal manusia berubah sama sekali.
Kini, banyak norma-norma baru mula diterapkan dalam kehidupan seharian.
Seperti di Rio de Jeneiro, Brazil pasangan ini berkahwin secara drive-thru atau pandu lalu sahaja dalam mengekang penularan wabak itu.
Upacara melibatkan Joao Blank dan Erica Blank itu berlangsung pada Khamis lalu.
Mereka hanya berada di dalam kereta sahaja sewaktu upacara perkahwinan itu dilaksanakan.
Namun kata pasangan itu, mereka gembira dan tidak menyangka ia akan berlangsung dalam cara sedemikian.
Untuk rekod, Rio de Jeneiro merupakan kota kedua di Brazil yang paling terjejas akibat Covid-19.
Ia merekodkan hampir 45,000 jangkitan setakat ini.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]