Adun PPBM Guar Cempedak dilantik pengerusi KEDA

Adun PPBM Guar Cempedak dilantik pengerusi KEDA

KPLB melantik Ku Abd Rahman Ku Ismail sebagai pengerusi KEDA berkuat kuasa 1 Jun.

Sebagai agensi kerajaan persekutuan di bawah KPLB, KEDA bertanggungjawab ke atas pelbagai aspek pembangunan wilayah di Kedah.
KUALA LUMPUR:
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) hari ini mengumumkan pelantikan Ku Abd Rahman Ku Ismail sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) yang baru, berkuat kuasa 1 Jun.

Menteri berkenaan Dr Abd Latiff Ahmad berkata, kementerian yakin dengan ketokohan, keupayaan, kepakaran dan pengalamannya yang luas, Ku Abd Rahman dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang untuk kemajuan agensi pada masa akan datang.

“Sebagai agensi kerajaan persekutuan di bawah KPLB, KEDA dipertanggungjawabkan dalam pelbagai aspek pembangunan dan komited dalam melaksanakan program pembangunan dan perkhidmatan yang berkualiti bagi memenuhi kepuasan pelanggan berteraskan perkhidmatan yang cekap, amanah, berkesan dan mesra bagi mencapai matlamat mensejahterakan luar bandar,” katanya dalam kenyataan di sini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.