
Beliau berkata sebanyak 285 kompaun dikeluarkan di lapangan di mana 194 dikeluarkan di sekatan jalan raya.
“Justeru, semua pihak diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan yang ditetapkan.
“Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang mencuba merentas negeri tanpa kebenaran, termasuk mengenakan kompaun,” katanya pada sidang media hariannya.
Ismail juga berkata sebanyak 738 kenderaan yang cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung diarah berpatah balik oleh polis berbanding 1,243 pada hari sebelumnya.
Beliau berkata negeri yang mencatatkan cubaan rentas negeri untuk pulang ke kampung tertinggi adalah Selangor iaitu 317 kes diikuti Melaka (89) dan Kedah (80).
“Semalam polis menahan 65 individu yang mana 57 individu direman dan 8 individu dijamin atas kesalahan ingkar perintah kawalan pergerakan bersyarat.
“Polis turut mengeluarkan kompaun kepada 387 individu atas pelbagai kesalahan ingkar arahan PKPB,” katanya.