Singapura benar pengembara transit melalui Lapangan terbang Changi bermula 2 Jun

Singapura benar pengembara transit melalui Lapangan terbang Changi bermula 2 Jun

Pada masa ini penumpang warga asing hanya boleh transit melalui Singapura jika mereka dalam penerbangan pulang yang diatur oleh kerajaan masing-masing.

Bermula 2 Jun Singapura membenarkan penumpang antarabangsa dibenarkan transit melalui Lapangan Terbang Changi. (Gambar Changi Twitter)
SINGAPURA:
Singapura akan membenarkan pengembara untuk melakukan transit melalui Lapangan Terbang Changi secara beransur-ansur berkuatkuasa 2 Jun 2020, menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS).

“Ini adalah sebahagian daripada strategi Singapura untuk membuka kembali pengangkutan udara secara beransur-ansur bagi memenuhi keperluan ekonomi dan rakyat kita, sambil memastikan perlindungan yang mencukupi untuk perjalanan yang selamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Kenyataan itu berkata, syarikat penerbangan harus mengemukakan cadangan mereka untuk memindahkan lorong melalui Lapangan Terbang Changi kepada CAAS.

“Cadangan tersebut akan dinilai dengan mempertimbangkan keselamatan penerbangan, pertimbangan kesihatan awam, serta kesihatan penumpang dan krew udara,” kata CAAS.

Pada ketika ini CAAS berkata, penumpang warga asing hanya boleh transit melalui Singapura jika mereka dalam penerbangan pulang yang diatur oleh kerajaan masing-masing.

“Keputusan itu akan membolehkan penumpang transit melalui Singapura dengan lebih mudah,” katanya.

Sebagai langkah berjaga-jaga, CAAS berkata, langkah ketat akan dilakukan untuk memastikan penumpang transit kekal berada di kemudahan yang ditentukan di kawasan transit dan tidak bercampur dengan penumpang lain semasa berada di Lapangan Terbang Changi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.