‘The World of the Married’ catat rekod tertinggi

‘The World of the Married’ catat rekod tertinggi

Diadaptasi dari drama bersiri Britain, ‘Doctor Foster’ yang ditayangkan pada 2015 dan 2017, drama 16 episod ini berjaya menarik peminat drama Korea dengan adegan suspen.

Ji Sun-woo, yang dilakonkan Kim Hee-ae, seorang isteri dan doktor mengetahui suaminya mengkhianati perkahwinan mereka dan berniat membalas dendam. (Gambar Instagram)

Drama bersiri Korea popular yang disiarkan di saluran JTBC, “The World of the Married” mencatat rekod tertinggi, dengan jumlah tontonan hampir 28.4% untuk sebuah drama kabel di Korea Selatan.

Menurut Nielsen Korea, episod 16 yang juga episod terakhir siri berkenaan disiarkan yang malam Sabtu lalu mencatatkan 28.371% tontonan.

Lapor Yonhap News Agency, jumlah itu menjadikan “The World of the Married” sebagai siri drama kabel paling ditonton, melepasi rekod drama bersiri “SKY Castle” yang ditayangkan pada awal 2019, iaitu 23.8%.

Diadaptasi dari drama bersiri Britain, “Doctor Foster” yang ditayangkan pada 2015 dan 2017, drama 16 episod ini berjaya menarik peminat drama Korea dengan adegan suspen dan penceritaan yang diubah mengikut budaya Korea.

Pelakon utamanya, Ji Sun-woo, yang dilakonkan Kim Hee-ae, seorang isteri dan doktor yang sangat berdedikasi mengetahui suaminya mengkhianati perkahwinan mereka dan berniat membalas dendam terhadapnya.

JTBC akan menyiarkan siri asal drama Doctor Foster minggu ini untuk menggantikan “The World of the Married”.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.