
Pence tidak menghadiri persidangan berita Trump di Rose Garden pada Isnin mahupun menghadiri pertemuan dengan pegawai tentera dan keselamatan AS pada Sabtu di Rumah Putih selepas Katie Miller menerima keputusan ujian minggu lalu.
“Naib presiden membuat pilihan menjauhkan diri selama beberapa hari,” kata McEnany pada satu taklimat. Dia berkata, terpulang kepada Pence untuk memutuskan bila dia akan menamatkan penjarakkan sosial tersebut.
Pence diuji negatif virus tersebut sejak ujian dijalankan ke atas Miller. Tetapi jangkitan terhadap Miller memaksa perubahan di seluruh Sayap Barat dengan kakitangan diminta untuk memakai topeng dan mengamalkan jarak sosial.
Ramai pegawai kanan dilihat memakai topeng di Rose Garden Rumah Putih pada Isnin semasa sidang media Trump. Trump tidak dilihat memakai topeng.
Pembantu kanan Trump diuji setiap hari untuk virus berkenaan, seperti ramai pegawai lain di Rumah Putih. Anggota media Rumah Putih kini dijangka akan diuji setiap hari juga.