Madonna positif Covid-19, anak perempuan keluar tanpa topeng

Madonna positif Covid-19, anak perempuan keluar tanpa topeng

Madonna dijangkiti Covid-19, jalani kuarantin di London.

Madonna positif Covid-19 sedang jalani kuarantin di London. (Gambar AFP)

Selepas penyanyi terkenal Hollywood, Madonna disahkan positif Covid-19, anak perempuannya Lourdes Leon dilihat keluar bersiar-siar di sekitar New York tanpa topeng.

Memetik laporan Hollywoodlife, Leon, 23, meluangkan masa bersama rakan-rakan hanya beberapa hari selepas ibunya, Madonna disahkan dijangkiti Covid-19 semasa konsert jelajah dunia Madame X pada 6 Mei.

Walaupun sedang menjalani kuarantin di London, Madonna menegaskan dia dijangkiti virus itu semasa konsert jelajah dunia yang terpaksa dibatalkan selepas mengalami beberapa kecederaan di bahagian lutut ketika konsert sedang berlangsung.

Penyanyi yang popular dengan lagu Like A Virgin itu memerlukan masa beberapa bulan untuk sembuh sepenuhnya selepas beberapa kali mengalami kecederaan di bahagian sama.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.