
Gara-gara filem animasi popular seluruh dunia “Frozen” sebuah perkampungan kecil yang terletak di pinggir dan pergunungan Salzkammergut di sebelah timur Salzburg, Austria yang dikenali sebagai Hallstatt merupakan lokasi tumpuan pelancong seluruh dunia.
Hanya mempunyai 780 populasi, Hallstatt menjadi inspirasi lokasi Arendelle dalam filem animasi Disney “Frozen” sebelum ini terpaksa mengehadkan kedatangan pelancong kerana tidak dapat menampung jumlah yang terlalu tinggi setiap hari.
Malah filem Frozen juga dikatakan bertanggungjawab menjadikan Hallsatt terkenal di mata dunia selain drama bersiri Korea yang merakam penggambaran di sana.
Perkampungan ini merupakan “hotspot” terbaik bagi pengunjung bergambar “selfie” kerana memiliki pemandangan yang menakjubkan.
Namun suasana kesibukan itu kini bertukar sunyi dan lengang di lorong-lorong yang menjadi tumpuan selepas kerajaan mengambil langkah “lockdown” berikutan penularan pandemik Covid-19.

Sebelum ini bas-bas membawa pelancong akan berhenti di perkampungan ini untuk lawatan singkat di mana mereka mengenakan bayaran RM5 untuk penggunaan tandas.
Tetapi kini semuanya sudah berubah dan berdepan dengan cabaran.
“Sejak akhir-akhir ini agak keterlaluan dan seperti terkena sumpahan. Kami akan terus mengambil langkah (menarik kembali pelancong),” jelas Datuk Bandar Hallstatt Alexander Scheutz.
Januari lalu, MailOnline melaporkan perkampungan itu menjadi padat dengan kehadiran pelancong sehingga memaksa pihak berkuasa mengehadkan kedatangan.
Malah pelancong-pelancong juga turut menggunakan dron merakam pemandangan.

Ada juga sesetengah daripada mereka memasuki rumah penduduk tempatan untuk menggunakan tandas.
Namun kini Suasana di Hallstatt lebih sunyi sejak lockdown dilaksanakan sejak 7 minggu lalu berikutan Covid-19.
Pihak kerajaan memberitahu, selepas lockdown beberapa lokasi akan dibuka secara berperingkat.
Restoran dan kafe akan dibuka pada 15 Mei, diikuti hotel mulai 29 Mei, manakala sempadan negara itu masih kekal ditutup.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]