Najib gesa pemimpin, ahli Umno tiada jawatan bantu pimpinan kerajaan

Najib gesa pemimpin, ahli Umno tiada jawatan bantu pimpinan kerajaan

Najib Razak berkata mereka juga perlu bersuara dan berjuang untuk rakyat.

Bekas perdana menteri Najib Razak
PETALING JAYA:
Bekas perdana menteri Najib Razak berkata pemimpin dan ahli Umno yang tidak mempunyai jawatan perlu membantu rakan-rakan dalam pimpinan kerajaan.

Beliau berkata mereka juga perlu bersuara dan berjuang untuk rakyat.

“Salur info kepada mereka supaya dapat jalan tugas dengan sempurna.

“Kemukakan cadangan yang boleh bantu kebajikan rakyat dan peniaga kecil, lebih-lebih lagi masa kegawatan,” katanya menerusi siaran langsung di Facebook.

Najib berkata mana yang baik boleh dipuji, manakala yang kurang boleh ditegur dan beri cadangan.

“Jika perlu, kita perjuang habisan-hahisan demi rakyat.

“Jangan sekali-sekali henti, berusaha dan diam diri. Umno sebuah perjuangan milik rakyat dan akar umbi yang setia,” katanya.

Beliau juga mengucapkan selamat ulang tahun Umno ke-74.

“Sedar tak sedar, sudah lama kita tak himpun dalam program parti kerabat kita. Kali terakhir Perhimpunan Agung Umno tahun lepas.

“Tak apalah. Walaupun tidak dapat bersama raih hari istimewa, namun saya percaya Umno setia pada perjuangan pada rakyat,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.