Dengan puting dimulut, umur baru setahun sudah pandai main ‘snowboard’

Dengan puting dimulut, umur baru setahun sudah pandai main ‘snowboard’

Kemahiran luar biasa kanak-kanak berumur setahun bermain ‘snowboard’ dikagumi.

Kemahiran luar biasa kanak-kanak berumur setahun bermain ‘snowboard’ dikagumi. (Gambar Instagram)

Setiap kanak-kanak mempunyai bakat dan kebolehan masing-masing tidak mengira usia.

Peranan ibubapa dengan mendidik anak-anak mereka dengan harapan mempunyai kemahiran yang lain daripada yang lain.

Inilah yang berlaku di Jerman apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun sudah pandai bermain snowboard.

Ia memang kebolehan di luar jangkaan bagi kanak-kanak yang baru berumur setahun

Menurut laporan Metro.co.uk pasangan Carolin dan Patrick Schreiber sangat gemar bermain salji sehingga mereka akan mengajarkan ketiga-tiga anak mereka untuk turut bermain salji bersama.

Mereka akan meluncur di kawasan pergunungan berdekatan Kartitshc, Tyrol, Australia iaitu kampung asal Patrick.

Minat ibu bapa kini diwarisi 3 anak-anaknya meluncuri ‘snowboard’. (Gambar Instagram)

Menurut pasangan berkenaan, cara untuk menarik perhatian anak-anak mereka untuk bermain snowboard ialah dengan membuat sedikit helah contohnya mereka akan membawa mainan dan patung anak-anak mereka ke kawasan pergunungan.

Setelah itu, mereka membiarkan anak mereka mengejar mainan itu sewaktu ianya dijatuhkan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.