Sambutan luar biasa… Filem Extraction bakal hadir dengan sekuel terbaru

Sambutan luar biasa… Filem Extraction bakal hadir dengan sekuel terbaru

Filem Extraction mengisahkan Tyler, seorang askar upahan yang diupah untuk menyelamatkan anak pengedar dadah terbesar iaitu Ovi penuh dengan aksi dan emosi.

Filem Extraction mengisahkan Tyler, seorang askar upahan yang diupah untuk menyelamatkan anak pengedar dadah terbesar iaitu Ovi penuh dengan aksi dan emosi. (Gambar Twitter)

Filem Extraction yang mula ditayangkan di Netflix pada 24 April 2020 mendapat sambutan yang hangat.

Namun pastinya ada yang tidak berpuas hati dan tanda tanya dengan pengakhiran filem tersebut.

Untuk pengetahuan anda, filem Extraction ini padat dengan aksi dan emosi yang pastinya tidak mengecewakan peminat filem aksi.

Filem Extraction mengisahkan Tyler, seorang askar upahan yang diupah untuk menyelamatkan anak pengedar dadah terbesar iaitu Ovi.

Bagaimanapun, misi menyelamat tersebut yang penuh dengan masalah dan bahaya membuatkan Tyler mengimbau kembali masa lalu.

Berikutan sambutan yang hangat, filem Extraction sudah disahkan akan ada sekuel dimana Netflix berjaya mendapatkan Joe Russo untuk membuat skrip.

Lebih mengujakan apabila dikhabarkan skrip filem sekuel Extraction sudah dalam pembikinan.

Namun tarikh jangkaan filem sekuel tersebut akan ditayangkan, masih belum diketahui.

Bagi anda yang belum lagi tonton filem Extraction di Netflix, anda boleh layan dahulu trailer filem tersebut. Sama-sama kita nantikan sekuel filem Extraction ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.