Gempar jurugambar temui ular berkepala dua di timur India!

Gempar jurugambar temui ular berkepala dua di timur India!

Ular yang baru lahir berkepala dua itu ditemui seorang jurugambar dan ia dikenali sebagai Ular Serigala, spesies tidak berbisa.

Kebiasaannya haiwan berkepala dua tidak dapat hidup lama. (Gambar Twitter)

Percaya atau tidak ular berkepala dua tapi itulah yang dijumpai seorang juru gambar!

Satu rakaman yang mengejutkan menunjukkan seekor ular berkepala dua, sehingga menjadi perhatian pakar hidupan liar.

Haiwan yang luar biasa itu dilihat dengan kepala masing-masing berebut mencari makanan.

Keadaan tersebut menunjukkan ular seperti itu kebiasaannya tidak dapat hidup lama.

Reptilia berkenaan ditemui di kawasan hutan Dhenkikot yang merupakan tempat perlindungan hidupan liar Keonjhar di Odisha, timur India.

Ular yang baru lahir itu ditemui oleh seorang jurugambar, Rakesh Mohalick, dan ia dikenali sebagai Ular Serigala yang merupakan spesies tidak berbisa.

“Satu di antara dua kepala kelihatan lebih panjang ke hadapan sedikit dan kedua-duanya diketahui berjuang untuk mendapatkan makanan.”

Ular sepanjang 14cm itu mempunyai dua kepala terbentuk sepenuhnya, iaitu mempunyai empat mata yang berfungsi dengan dua lidah.

Menurut Rakesh, kedua-dua kepala haiwan itu bergerak bebas dan keadaan itu menjadi cabaran buat binatang tersebut untuk bertahan lama dalam kehidupan liar.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.