Tak hirau arahan… Syarikat penerbangan bawa penumpang tanpa jarak sosial

Tak hirau arahan… Syarikat penerbangan bawa penumpang tanpa jarak sosial

Syarikat penerbangan Aer Lingus mengejutkan ramai dengan foto di dalam pesawat mereka tanpa mengamalkan penjarakan sosial.

Syarikat penerbangan Aer Lingus mengejutkan ramai dengan foto di dalam pesawat mereka tanpa mengamalkan penjarakan sosial. (Gambar Twitter)

Seperti diketahui umum, satu dunia kini berdepan dengan wabak Covid-19.

Selain mengurangkan aktiviti luar rumah, penjarakkan sosial turut disaran sebagai salah satu langkah mengekang penularan dan memutuskan rantaian Covid-19.

Namun tindakan sebuah syarikat penerbangan yang didapati tidak mengamalkan peraturan yang ditetapkan untuk elak sebarang jangkitan Covid-19.

Syarikat penerbangan Aer Lingus mengejutkan ramai dengan foto terbaru di dalam pesawat mereka.

Pesawat dari Belfast ke Heathrow, London itu dirakam membawa penumpang tanpa mengamalkan penjarakan sosial.

Menurut seorang individu dalam pesawat itu, sekitar 95% tempat duduk dipenuhi para penumpang.

Setelah tular, Aer Lingus berjanji melakukan siasatan atas insiden itu.

“Berhadapan jumlah muatan tinggi dari Belfast ke London pagi ini.

“Aer Lingus sedang menilai proses dan prosedur yang tersedia untuk operasi perkhidmatan kami,” ujar syarikat itu dalam satu kenyataan.

Malah kata Aer Lingus, keselamatan dan kesihatan penumpang menjadi keutamaan mereka.

Dalam pada itu, satu pendedahan mengejutkan mendapati 18 juta individu memasuki Britain tanpa saringan tatkala Covid-19 sedang teruk melanda negara itu dan seluruh dunia.

Angka itu dikeluarkan Pejabat Dalam Negeri dan mendedahkan 273 individu sahaja yang datang dari Wuhan dan Tokyo membuat isolasi diri selepas tiba ke United Kingdom.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.