Bekas pesakit Covid-19 tak perlu bimbang kembali bekerja, kata MMA

Bekas pesakit Covid-19 tak perlu bimbang kembali bekerja, kata MMA

Presidennya, Dr N Ganabaskaran berkat, risiko dijangkiti virus itu semula adalah rendah jika pesakit yang sudah sembuh menjaga diri dengan baik.

Kerajaan membenarkan sebahagian besar sektor ekonomi dan perniagaan menyambung semula operasi pada 4 Mei lalu selepas hampir 2 bulan melaksanakan sekatan pergerakan.
PETALING JAYA:
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menasihatkan pesakit yang sembuh daripada jangkitan Covid-19 tidak membiarkan kebimbangan mereka akan dijangkiti virus itu semula menjadi penghalang unruk kembali bekerja atau meneruskan aktiviti normal lain.

Presidenya, Dr N Ganabaskaran memberitahu FMT, bekas pesakit tidak perlu paranoia, walaupun beliau mendapati Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pernah menyatakan ada kemungkinan bekas pesakit dijangkiti virus itu semula.

“Buat masa ini, tiada bukti pesakit sembuh daripada Covid-19 mempunyai antibodi yang melindungi mereka daripada jangkitan kedua,” kata WHO baru-baru ini.

Ganabaskaran berkata, risiko jangkitan semula adalah rendah dan pesakit sembuh boleh kembali bekerja kecuali mereka dinasihatkan untuk berehat selepas dibenarkan keluar dari hospital.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan bekas pesakit yang kembali bekerja untuk mengamalkan kebersihan diri, penjarakan sosial dan memakai topeng.

Katanya, diet sihat, senaman dan tidur mencukupi adalah penting untuk meningkatkan sistem imun.

Beliau berkata, pesakit pulih patut mendedahkan sejarah kesihatan mereka kepada majikan.

“Jika mereka sekali lagi berdepan kes diketahui Covid-19 atau pesakit dalam siasatan, mereka perlu menghubungi majikan dan segera ke kemudahan kesihatan awam untuk menjalani ujian saringan.”

Pada 12 April lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, tiada kes pesakit sembuh dijangkiti semula Covid-19.

Katanya, ada beberapa kes pesakit pulih menunjukkan “weak positive”, tetapi ujian semula mendapati ia disebabkan peluruhan virus.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.