145 pekerja binaan larikan diri negatif Covid-19

145 pekerja binaan larikan diri negatif Covid-19

11 sudah ditahan dan bakinya masih diburu.

145 pekerja asing yang melarikan diri itu sebahagian daripada lebih 300 pekerja asing yang menjalani saringan Covid-19 selepas seorang pekerja di tapak pembinaan Pavilion Embassy didapati positif.
KUALA LUMPUR:
Seramai 145 pekerja asing yang melarikan diri selepas saringan Covid-19 di satu tapak pembinaan di ibu negara dilaporkan negatif, kata Bukit Aman hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Huzir Mohamed berkata 11 daripada mereka itu berjaya ditahan.

“Enam daripadanya ditahan sebelum ini dan 5 hari ini, dan bakinya masih dalam tindakan,” katanya pada sidang media hari ini.

Pekerja asing berkenaan sebahagian daripada lebih 300 pekerja asing yang menjalani saringan Covid-19, kerana merupakan kontak kepada pekerja di tapak pembinaan Pavilion Embassy yang didapati positif.

Sebelum ini, FMT memetik sumber melaporkan 145 pekerja melarikan diri selepas pasukan perubatan melakukan saringan dan ketika polis dalam perjalanan untuk mengepung kawasan itu.

Terdapat kira-kira 400 pekerja di tapak pembinaan Pavilion Embassy yang dikenakan perintah kawalan pergerakan disasarkan semalam. Kebanyakannya warga asing.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Edmund Santhara berkata 28 pekerja asing yang disahkan positif Covid-19 dihantar ke hospital dan selebihnya menjalani kuarantin ketat di sebuah hotel.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.