
Sebuah simulasi yang dicipta Purdue University di Amerika Syarikat pada 2014 menunjukkan bagaimana virus SARS boleh tersebar dalam ruang yang sempit seperti kabin kapal terbang.
Simulasi tersebut dilakukan berdasarkan virus tersebut yang muncul pada 2003 sebelum ini yang menggambarkan ia boleh tersebar melalui udara seperti laporan Daily Mail UK.
Kajian yang dilakukan School of Mechanical Engineering dari universiti tersebut menunjukkan bagaimana titisan kecil yang tidak kelihatan daripada batuk boleh tersebar dalam pesawat penumpang Boeing 767.
Ia dilakukan pada 2014 bagi mengkaji penularan penyakit berjangkit dalam pesawat supaya mereka dapat mencari sistem ventilasi yang selamat dan optimum.
Simulasi itu menunjukkan bagaimana pembawa virus SARS itu boleh menjangkiti sehingga 10 penumpang lain hanya dengan batuk di dalam ruang terkurung tersebut.
Angka sepuluh penumpang itu bagaimanapun merupakan anggaran mereka yang berisiko tinggi untuk dijangkiti dengan jangkitan itu sebenarnya mampu untuk merebak ke seluruh penjuru kabin.
Kumpulan yang membuat kajian itu memberitahu penyakit berjangkit seperti Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS) dan avian flu boleh menyebabkan gangguan sosial dan ekonomi yang signifikan.
“Transmisi penyakit berjangkit boleh berlaku di pesawat penumpang komersial,” tulis Qingyan Chen dan rakan-rakan.
Laporan tersebut bagaimanapun menyebut simulasi ini hanya terpakai untuk virus SARS sebelum ini dan bukannya Covid-19 yang dihadapi ketika ini.
Ini kerana difahamkan menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), virus COVID-19 menular melalui titisan pernafasan yang ukurannya jauh lebih besar.
Titisan ini yang lebih besar berbanding titisan yang ditunjukkan dalam video di atas hanya mampu bergerak dalam jarak yang dekat sebelum jatuh ke lantai.
Disebabkan itulah, amalan penjarakan sosial sejauh 2m disarankan kerana ia mampu untuk mengelakkan jangkitan Covid-19 ini.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]