
Pengarah Jababatn Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamaed berkata, siasatan itu termasuk dalam bidang kuasa polis walaupun Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berkata, tiada tindakan akan diambil berhubung laporan itu.
Menteri Komunikasi Saifuddin Abdullah juga berkata, beliau mengarahkan SKMM untuk tidak mengambil tindakan ke atas pemberita SCMP, Tashny Sukumaran.
Huzir berkata hari ini, “polis telah membuka kertas siasatan. Ia dalam bidang kuasa kami. SKMM tidak terlibat”.
Terdahulu hari ini, Tashny berkata, beliau dipanggil ke Bukit Aman pada Rabu untuk disoal siasat berhubung laporan itu.
Katanya, beliau dimaklumkan bahawa siasatan itu dibuat di bawah peruntukan Kanun Keseksaan berkait perbuatan menimbulkan provokasi dan keresahan awam dan juga di bawah Akta Komunikasi kerana menyalahgunakan kemudahan rangkaian.
Artikel yang diterbitkan pada Jumaat itu dengan tajuk yang menyebut “beratus-ratus orang ditangkap berikutan langkah Malaysia menyerbu migran di zon merah Covid-19”.