
Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim berkata, semua suspek berusia 20 hingga 45 tahun itu ditangkap oleh pasukan polis Bahagian D7, Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, dan turut merampas set komputer pelbagai jenama dan telefon bimbit dianggarkan bernilai RM200,000.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati sindiket itu menjalankan aktiviti promosi perjudian saham Cryptocurrency di pasaran negara China menggunakan aplikasi WeChat.
“Anggaran keuntungan harian sindiket ini kira-kira RM150,000 sehari bersamaan RM4.5 juta sebulan dan kegiatan itu dipercayai sudah beroperasi hampir 2 bulan di premis mewah yang disewa majikan suspek dengan kadar RM6,000 sebulan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya hasil pemeriksaan mendapati kesemua suspek menggunakan pas lawatan sosial untuk datang ke Malaysia.
Mazlan berkata, kesemua mereka ditahan reman sehingga 12 Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.