Kes dadah Lucinta Luna, penyanyi ‘Bobo Dimana’ dibicara sebelum Aidilfitri

Kes dadah Lucinta Luna, penyanyi ‘Bobo Dimana’ dibicara sebelum Aidilfitri

Pendakwa raya negeri Jakarta Barat memaklumkan kertas siasatan kes sudah lengkap dan akan diserahkan kepada mahkamah.

Lucinta Luna ditahan bersama tiga lagi rakannya dan polis menemukan beberapa pil ecstacy di kediamannya.

Penyanyi Dangdut, Lucinta Luna yang ditahan sebelum ini berhubung kes penyalahgunaan dadah dijangka akan dibicarakan di mahkamah sebelum Aidilfitri ini.

Menurut laporan Liputan6, pihak pendakwa raya negeri Jakarta Barat memaklumkan kertas siasatan kes sudah lengkap dan akan diserahkan kepada mahkamah.

Wakil pendakwa raya, Kasie Intel berkata kes berkenaan akan dibicarakan dalam masa terdekat.

“Kami diberikan masa paling lama 14 hari untuk menyiapkan hal pengurusan dan kertas pendakwaan akan diserahkan kepada mahkamah.

“Kebiasaannya dari proses perwakilan sehingga menetapkan tarikh dalam masa tujuh hari sebelum perbicaraan.

“Iya jadi kemungkinan (sebelum hari raya) kerana jika dikira paling lama dua minggu lagi setelah perwakilan selesai,” katanya.

Pada 12 Februari lalu, Lucinta Luna ditangkap polis selepas dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah jenis ecstacy.

Lucinta popular dengan lagu berjudul “Bobo Dimana” dan pernah menghasilkan klip video lagu berkenaan bersama jutawan kosmetik, Aliff Syukri Kamarzaman dan Nur Sajat.

Menurut media tempatan, Lucinta atau nama asalnya, Muhammad Fatah ditahan di apartmennya di Thamrin City, Jakarta Pusat, pada jam 1.30 pagi.

Selebriti itu ditahan bersama tiga lagi rakannya iaitu seorang wanita dan sepasang suami isteri, ketika pihak polis menemukan beberapa pil ecstacy di kediamannya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.