
Dalam sidang media selepas lawatan kerjanya ke sini hari ini, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata, 2 kawasan terbabit ialah Taman Desa Ilmu dan Taman Unigarden di Kota Samarahan.
Kuching dan Kota Samarahan dikategorikan sebagai zon merah Covid-19, katanya.
Zon merah adalah kawasan yang dikesan mempunyai lebih 40 kes positif Covid-19.
“Sejumlah 100 pasukan, masing-masing terdiri daripada 2 pegawai kesihatan, akan menjalankan saringan dari rumah ke rumah ke atas hampir 3,000 individu yang mempunyai sejarah kontak dengan kes positif.
“Kementerian Kesihatan dan agensi serta kementerian berkaitan akan bekerjasama dan menyediakan sokongan bagi menyekat penularan wabak ini,” katanya.
Khamis lepas, anggota jawatankuasa pengurusan bencana negeri Douglas Uggah Embras juga memaklumkan bahawa kerja-kerja mengesan kes aktif akan dijalankan di kawasan yang menyaksikan insiden jangkitan Covid-19 yang tinggi.
Adham berkata, setakat hari ini 7 kes baru dilaporkan di Sarawak menjadikan jumlah keseluruhan 485 kes.
“Seramai 179 didiscaj dari hospital dengan 16 kematian dicatatkan,” katanya dengan menambah bahawa 290 pesakit masih dirawat di Hospital Besar Sarawak, Hospital Sibu, Hospital Miri dan Hospital Bintulu.