
Beliau berkata sehingga kini seramai 19,945 rakyat yang pulang dari luar negara dikuarantin wajib sejak 3 Apr.
Ismail menjelaskan langkah mewajibkan individu yang pulang dari luar negara menjalani kuarantin berjaya mengekang kluster import.
“Sejak 17 Apr lalu, 6,778 individu selesai menjalani tempoh kuarantin wajib dan dibenarkan pulang,” katanya pada sidang media hari ini.
SOP selepas PKP
Sementara itu, Ismail memaklum Majlis Keselamatan Negara sedang menyiapkan tatacara operasi standard (SOP) untuk selepas perintah kawalan pergerakan (PKP) tamat.
Beliau berkata kegiatan berkumpulan seperti perhimpunan dan pertanding bola sepak masih tidak akan dibenarkan.
“Walaupun PKP ditamatkan hari ini, esok bukan kita boleh gerak bebas seperti hari sebelumnya,” katanya.