Sektor penerbangan tempatan akan dirancak semula selepas PKP, kata Wee

Sektor penerbangan tempatan akan dirancak semula selepas PKP, kata Wee

Kementerian Pengangkutan akan berunding dengan Kementerian Kewangan berhubung isu pengusaha bas sekolah tidak tersenarai dalam BPN.

Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong berkata, sektor penerbangan paling terjejas akibat pandemik Covid-19 dan akan dirancakkan semula bagi memulihkannya dan menjamin kesambungan antara wilayah.
KUALA LUMPUR:
Sektor penerbangan tempatan akan dirancakkan semula selepas tamat tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP), kata Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong.

Beliau berkata, ini kerana penerbangan merupakan antara sektor paling terkesan akibat pandemik Covid-19 yang menjejaskan seluruh dunia ketika ini.

“Sektor penerbangan adalah sektor paling susah… seperti dilaporkan (syarikat penerbangan) Virgin Australia muflis baru-baru ini…

“Jadi mungkin berlaku satu trend dalam sektor penerbangan (terdapat peraturan) jarakan sosial dan saya khuatir apa yang kita idam sebelum ini untuk keluar dengan keluarga beramai-ramai, tidak tercapai.

“…jadi kita kena hidupkan semula sektor penerbangan tempatan kerana hubungan dengan wilayah dan negeri… penerbangan ke Sabah dan Sarawak perlu dilakukan, kerana itu janji kita untuk menghantar barang keperluan ke sana, kena ada ‘connectivity’ kerana semua ini melalui udara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu Ruang Bicara terbitan Bernama TV, malam tadi.

Mengulas isu pengusaha bas sekolah tidak tersenarai dalam Bantuan Prihatin Nasional, Wee berkata, kementeriannya sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan bagi menyelesaikan perkara itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.