
Pantang maut sebelum ajal! Itulah pepatah yang sesuai untuk seorang wanita apabila terselamat daripada terkena tembakan.
Siapa sangka implan payudara yang dipakai mampu menyelamatkan nyawanya ketika ditembak di dada.
Ini kerana implan payudaranya berjaya memesongkan peluru seorang warga Kanada berusia 30 tahun.
Ujar wanita yang enggan dikenali di Toronto, dia hanya menyedari ditembak apabila terasa panas dan sakit di dada sebelum melihat darah mula mengalir.
Mangsa kemudiannya dihantar ke sebuah klinik di Mississauga, Ontario sebelum implannya dibuang.
Menurut doktor, dia seolah-olah diselamatkan oleh implan berkenaan.
“Kemasukan luka peluru berada di payudara kiri, tetapi dia patah tulang rusuk sebelah kanan.
“Implan itu menyebabkan perubahan trajektori peluru,” ujar pakar bedah, Giancarlo McEvenue.
Tambahnya, jika peluru menembusi dada mangsa, dia mungkin mengalami kecederaan lebih serius termasuk risiko meninggal dunia.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]