
Ekoran perintah kawalan pergerakan, banyak bandar-bandar di seluruh dunia kini sunyi dan lengang daripada aktiviti harian manusia.
Disebabkan itu, seekor kanggaru dilihat bersiar-siar di bandar Adelaide, Australia yang kini sunyi selepas penduduk setempat hanya berada di rumah sepanjang masa.
Menerusi video berdurasi 50 saat oleh ABC News, kelihatan kanggaru terbabit berjalan di bandar Adeleide tanpa ada rasa takut diganggu manusia.

Suasana yang jarang dilihat ini telah menarik perhatian ramai yang menyifatkan alam semulajadi kini sedang dalam proses pemulihan.
Terdahulu, beberapa kejadian serupa turut berlaku di kawasan lain seperti singa terbaring berehat di tengah jalan raya, monyet bermain layang-layang dan juga berhibur di sebuah kolam renang di satu kawasan perumahan.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]