
Bagaimanapun, perkhidmatan secara dalam talian akan diberikan keutamaan.
Langkah ini mengambil kira usaha berterusan untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19,” katanya dalam kenyataan.
LHDN memaklumkan kaunter perkhidmatan e-Filing dan Bantuan Prihatin Nasional tidak dibuka, dan sebarang pengisian e-Filing dan permohonan BPN boleh dilakukan secara dalam talian.
Taklimat percukaian dan pembukaan kaunter perkhidmatan di luar pejabat LHDN turut ditangguhkan.
Sekiranya tiada keperluan yang benar-benar mendesak, LHDN menasihatkan pelanggan dan pelawat meneruskan sebarang urusan percukaian mereka melalui telefon, e-mel, dan perkhidmatan dalam talian.
“Pelanggan dan pelawat dinasihatkan untuk menangguhkan kehadiran ke premis LHDN buat masa ini,” katanya.