Facebook tambah 2 butang ‘react’ sebagai tanda sokongan Covid-19

Facebook tambah 2 butang ‘react’ sebagai tanda sokongan Covid-19

Fungsi ini akan hadir bersama-sama dengan 6 emoji reaction yang sedia ada kini di Facebook.

2 emoji react ditambah sebagai sokongan kepada semua pengguna Facebook.

Laman sosial Facebook kini sedang menambah 2 fungsi “react” ekoran daripada pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.

2 fungsi react ini sebagai tanda sokongan kepada orang ramai yang kini sedang sama-sama menghadapi perintah kawalan pergerakan dan juga “lockdown” diseluruh negara di dunia.

Fungsi “react” yang menunjukkan smiley memeluk hati akan diletakkan bersama-sama 6 react yang sedia ada pada hantaran, komen, imej dan video di laman sosial berkenaan.

Emoji peluk dengan kasih sayang salah satu yang ditambah.

Selain itu, emoji hati yang sedang berdenyut juga akan diletakkan dalam aplikasi Messenger, menurut laporan Metro UK.

Emoji bentuk ‘love’ juga disediakan dalam Mesengger.

Kedua-dua fungsi ini akan tiba di akaun Facebook masing-masing dalam minggu ini juga.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.