
Di Algeria, 116 kes baru dicatatkan menjadikan keseluruhan 2,534 manakala 894 pesakit sembuh. Tiga lagi kematian dilaporkan, keseluruhan berjumlah 367 orang.
Di Mesir, 19 kematian lagi dilaporkan, keseluruhan berjumlah 224 dengan 3,032 kes jangkitan.
Dua kematian dilaporkan di Maghribi, merekodkan korban setakat ini seramai 137 orang, manakala jumlah kes jangkitan 2,685.
Di Iraq tambahan 1 kematian menjadikan keseluruhan 82 orang dan 1,513 kes.
Sementara di Jordan kes postif meningkat kepada 423, tambahan sebanyak 6 lagi kes.
Sejak pertama kali dikesan di China Disember lalu, Covid-19 mengancam sekurang-kurangnya 185 negara serta wilayah di dunia, menyaksikan Eropah dan Amerika Syarikat paling teruk terjejas.