54 kes baru positif Covid-19, 135 pulih

54 kes baru positif Covid-19, 135 pulih

Sebanyak 135 pesakit pulih dan dibenarkan keluar wad.

PUTRAJAYA:
Dua kematian jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini berbanding 2 kes semalam menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban akibat wabak berkenaan seramai 88 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 54 kes jangkitan baru dilaporkan dalam tempoh 24 jam berbanding 69 kes semalam, menjadikan jumlah mangsa 5,305 orang sehingga kini.

Dalam pada itu, sebanyak 135 kes jangkitan Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad menjadikan bilangan pesakit yang sembuh 3,102 orang.

Noor Hisham berkata, kes kematian ke-87 melibatkan lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi serta kening manis.

Beliau menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 30 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 12 April.

Kes kematian ke-88 melibatkan lelaki warganegara Myanmar berumur 36 tahun.

Mangsa menerima rawatan di Hospital Selayang pada 17 April dan meninggal dunia pada hari yang sama jam 10 pagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.