Terbaik… Korea Selatan buat peperiksaan di padang bola elak Covid-19

Terbaik… Korea Selatan buat peperiksaan di padang bola elak Covid-19

Lebih 100 orang siap memakai topeng dipisahkan dengan jarak 5 meter bagi mengelakkan penularan virus itu dalam kalangan mereka.

Syarikat memutuskan untuk mengadakan ujian permohonan pekerjaan di padang bola di Stadium Wa di Ansan, selatan Seoul sebagai sebahagian usaha untuk mencegah penyebaran Covid-19. (Gambar AFP)

Penularan wabak Covid-19 tidak menghalang jika keadaan mendesak untuk melakukan sesuatu tapi perlu kena dengan cara dan disiplinnya.

Tidak dinafikan pandemik wabak Covid-19 membuatkan kerajaan di seluruh dunia cuba melakukan yang terbaik untuk rakyatnya bagi memastikan semua selamat dan terhindar daripada jangkitan virus itu.

Di Korea Selatan, sebuah syarikat awam mengadakan peperiksaan di salah satu stadium bola dan mengaplikasikan penjarakkan sosial setiap calon.

Menurut laporan The Irish Times, terdapat lebih 100 orang yang siap memakai topeng dipisahkan dengan jarak 5 meter bagi mengelakkan penularan virus itu dalam kalangan mereka.

Sebelum memasuki lapangan tersebut, mereka akan disaring satu persatu bagi tujuan keselamatan.

Menurut salah satu individu yang ditemubual, baginya agak susah untuk menjawab peperiksaan di kawasan seperti ini kerana keadaannya yang sejuk namun dia lega kerana masih dapat menjawab.

“Agak pelik bila perlu menjawab soalan peperiksaan tapi kena tengok rumput. Ianya sangat berbeza dan di luar jangkaan orang ramai,” menurut salah seorang di laman sosialnya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.