
Pejabat Presiden dalam satu kenyataan berkata pengampunan tanpa syarat kepada 24,896 banduan berkenaan atas faktor kemanusiaan sempena sambutan tahun baru itu.
Tambah kenyataan itu lagi, tempoh hukuman disingkatkan sementara hukuman mati ditukar kepada penjara seumur hidup.
Pada awal April, Human Rights Watch (HRW) yang berpusat di New York meminta pemerintah Myanmar mengurangkan penghuni penjara untuk menyekat penularan Covid-19 dengan membebaskan tahanan politik, prabicara dan yang mempunyai masalah kesihatan serius.
Menurut HRW, ada 46 penjara dan 50 kem buruh di seluruh Vietnam, menampung sekitar 92,000 banduan, tetapi sebenarnya hanya boleh memuatkan seramai 66,000.
“Memang betul penjara cukup sesak,” kata timbalan pengarah Jabatan Penjara Min Tun Soe ketika dihubungi.
“Jadi mengurangkan jumlah banduan buat masa sekarang merupakan langkah selamat untuk menurangkan penularan wabak.”
Menurut Jabatan Penjara, seramai 87 banduan asing antara yang dibebaskan pada Jumaat dan akan dihantar pulang ke negara asal masing-masing.
Myanmar setakat ini melaporkan sejumlah 85 kes Covid-19.