Lebih 5,000 kes Covid-19 direkod di Singapura, 623 jangkitan baru

Lebih 5,000 kes Covid-19 direkod di Singapura, 623 jangkitan baru

Terdapat 70 kes positif melibatkan rakyat Malaysia di Singapura dengan 19 daripadanya sembuh sepenuhnya.

Majoriti kes terbaru Covid-19 di Singapura melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama. (Gambar AP)
SINGAPURA:
Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dalam laporan awal mengesahkan bahawa terdapat penambahan 623 kes jangkitan Covid-19 di negara itu, majoritinya melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama.

Penambahan itu menjadikan keseluruhan kes jangkitan di Singapura kini berjumlah 5,050 kes.

Kementerian itu dalam kenyataan di sini memberitahu 25 lagi kes telah discaj, menjadikan jumlah yang sembuh sepenuhnya kini adalah 708.

“Pihak kami masih mengkaji kes ini dengan terperinci dan maklumat lanjut mengenainya akan dikongsi bersama menerusi kenyataan media kementerian yang akan dikeluarkan lewat malam ini,” menurutnya.

Sehingga pukul 12 tengah hari semalam (16 April), Singapura melaporkan 568 kes import, 1,170 kes dikaitkan dengan komuniti yang termasuk pemegang pas kerja yang tinggal di luar asrama, manakala 2,689 adalah dari asrama yang terlibat.

Ketika ini tidak kurang daripada 20 asrama terbabit dengan jangkitan berkenaan, dengan 12 diwartakan sebagai kes isolasi.

Sementara itu terdapat kira-kira 70 kes positif melibatkan rakyat Malaysia di negara republik itu dengan 19 daripadanya sembuh sepenuhnya.

Kira-kira 10 daripadanya dikaitkan dengan 6 kluster, termasuk 2 asrama, yakni Tech Park Crescent dan S11 @Punggol, di samping Mustafa Centre, SingPost, sebuah hostel di Jalan Kubor, dan sebuah premis makanan segera,

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.