
Di saat kebanyakan negara seluruh dunia sedang menjalani perintah kawalan pergerakan sudah pastinya ia juga satu peluang untuk seluruh keluarga meluangkan masa bersama jika sebelum ini sibuk dengan aktiviti lain.
Malah ketika musim inilah, ramai yang akan mencuba resepi kegemaran untuk seisi keluarga.
Namun, dalam kegembiraan kita menjamu pelbagai jenis juadah, jangan lupa ada keluarga yang sudah beberapa hari tak makan disebabkan kehabisan beras.
Ia mengenai kisah seorang bapa di Batam, Indonesia yang terpaksa menjual telefon bimbit miliknya yang rosak sebab mahu membeli beras untuk anak-anaknya.
Menurut laporan Tribun Batam, difahamkan keluarga tersebut terputus sumber pendapatan akibat penularan wabak Covid-19 di negara itu.
Kisah keluarga itu dikongsikan oleh peguam, Hotman Paris menerusi Instagram.
Ketua keluarga itu, Ason Sopian berhasrat mahu menjual alat telekomunikasi itu dengan harga RM2.67 demi untuk mengisi perut anak-anaknya.
Atas keprihatinan, Hotman memohon kepada peniaga di Batam agar membantu keluarga Ason dengan memberi 10kg beras.
Isterinya masih lagi bekerja ketika musim Covid-19 di perusahaan membuat tempe namun masih tidak cukup kerana mereka harus menyara 5 orang anak termasuk seorang anak kurang upaya.
Kisah mereka terus mendapat perhatian penduduk setempat dan keluarga terbabit dibantu oleh Ketua AKBP Polis daerah Barelang, Purwadi W Anggoro yang menyumbangkan sedikit wang tunai dan makanan.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]