
Kehilangan bersih sebanyak 600 bilion tan sudah cukup untuk meningkatkan paras air global 1.5mm, kira-kira 40% daripada peningkatan paras laut pada 2019.
Lapisan ais Greenland yang sehingga akhir abad ke-20 kehilangan sebanyak mana jisim yang dikumpulkan mengandungi air beku yang cukup untuk meningkatkan paras laut sehingga 7m.
Selain peleraian lapisan ais yang cepat, lebih mencemaskan ialah faktor yang mendorong kecepatan itu, lapor penulis dalam The Cryosphere, jurnal kajian yang diterbitkan oleh EU Geo Union minggu ini.
Lebih daripada separuh kehilangan dramatik yang berlaku pada 2019 bukanlah kerana suhu udara yang lebih panas, tetapi disebabkan sistem cuaca tekanan tinggi luar biasa yang dikaitkan dengan pemanasan global.
Keadaan antisiklon ini menghalang pembentukan awan di selatan Greenland, menyebabkan cahaya matahari yang tidak bertapis mencairkan permukaan lapisan ais. Jumlah awan yang sedikit juga bermakna kurang salj, iaitu 100 bilion tan di bawah kebiasaan pada 1980 hingga 1999.
Di samping itu, kekurangan salji yang terdedah menjadikan ais menjadi gelap. Ais yang ditutupi jelaga menyerap haba berbanding memantulkannya, seperti salji putih yang tidak dicemari.
Keadaannya berbeza, tetapi tidak lebih baik di bahagian utara dan barat Greenland kerana cuaca panas, udara lembap ditarik dari garis lintang yang lebih rendah, lapor kajian itu.
Semua faktor ini menyebabkan glasier mencair dan limpahan lebih cepat, menjadikan sungai yang deras menembusi ais menuju ke laut.
“Keadaan atmosfera ini menjadi semakin kerap sejak beberapa dekad lalu,” kata ketua penulis Marco Tedesco, saintis di Pusat Pencerapan Bumi Lamont Doherty, Universiti Columbia.
“Ini mungkin disebabkan oleh ‘gelombang’ dalam arus jet,” iaitu arus udara altitud tinggi yang sangat laju dan kuat yang bergerak dari barat ke timur di wilayah kutub, katanya.
Sekali ganda purata global
Gangguan pada corak normal arus jet dikaitkan dengan hilangnya ais laut, kadar pemanasan atmosfera yang lebih cepat di Artik, dan kehilangan penutup salji di Siberia – semua disebabkan oleh pemanasan global.
Suhu purata di wilayah Artik meningkat 2 darjah Celsius sejak pertengahan abad ke-19, sekali ganda daripada purata global.
“Perubahan iklim, dalam erti kata lain, mungkin menjadikan kerosakan keadaan atmosfera tekanan tinggi menjadi kebiasaan di Greenland,” kata Tedesco.
Sememangnya, 2019 bukanlah kali pertama anomali seperti itu muncul, dengan lebih dari setengah tahun abad ini menunjukkan corak yang serupa.
Kesan sistem tekanan tinggi itu bukanlah model iklim yang digunakan oleh Panel Antara Kerajaan PBB mengenai Perubahan Iklim (IPCC) bagi menunjukkan kesan pemanasan global pada lapisan ais Greenland, kajian itu memberi amaran.
“Seolah-olah kita meremehkan pencairan masa depan disebabkan salah satu daripada kedua-dua faktor itu,” kata pengarang bersama Xavier Fettweis, rakan penyelidikan di Makmal Kajian Iklim Universiti of Liege di Belgium, kepada AFP.
Kajian baru ini mengaitkan hampir 70% limpahan cairan glasier dan aisberg yang dilepaskan tahun lalu dengan sistem tekanan tinggi, dan selebihnya akibat pemanasan langsung atmosfera berikutan perubahan iklim.
Pelepasan tahun lalu setanding dengan rekod pada 2012, tetapi suhu udara pada 2019 jauh lebih rendah.
Sepanjang 1990-an, lapisan ais Greenland berada dalam keadaan seimbang, tetapi kehilangan jisim tahunan meningkat sejak itu.
Secara keseluruhan, Greenland melepaskan sekitar 4 trilion tan ais antara 1992 dan 2018, menyebabkan paras laut meningkat 11 milimeter, menurut kajian pada Disember 2019 di dalam jurnal Nature.
IPCC meramalkan peningkatan paras laut global mungkin mencecah 1 meter pada 2100, sebahagian besar disebabkan oleh pelepasan lapisan ais di Greenland dan Antartika Barat.