
Bercakap kepada media beliau berkata, kit ujian bernama Standard Q Bio-Censor itu mempunyai keupayaan 84.4% untuk mengesan wabak tersebut.
Katanya, perkembangan ini bermakna daripada 100 inividu yang diperiksa, 84.4% berjaya dikesan terkena jangkitan berkenaan.
Menurutnya, kit ujian itu merupakan berita baik kepada KKM kerana sampel daripada kelompok sasaran tidak perlu lagi dihantar ke makmal.
KKM sudah pun menjalankan ujian saringan beramai-ramai (mass testing) ke atas glongan sasaran di beberapa lokasi tertentu yang dipercayai mempunyai risiko tinggi jangkitan tersebut.
“Kami telah membuat pesanan untuk alat ujian cepat antigen ini (antigen rapid test kit).
“Harapnya, selewatnya minggu depan, setelah mendapat ujian kit, kami dapat melakukan pemeriksaan beramai ramai (mass testing).” katanya.
Noor Hisham juga memaklumkan lebih 90,000 individu dalam negara telah disaring untuk Covid-19 dengan ujian positif sebanyak 5.4%.
Jelasnya, KKM juga sedang menjalankan pemeriksaan ke atas pekerja asing meskipun masih ada dalam golongan itu belum tampil untuk menjalani saringan.
“Kami bekerjasama dengan NGO, termasuk Mercy Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan (bagi warga asing),” katanya, selain menamba bahawa usaha berkenaan akan dipertingkatkan.
Katanya lagi, ujian saringan juga dilakukan dalam kalangan pekerja asing di pasar borong Selayang, dengan 465 individu disaring dan 13 disahkan positif.