Besar pengorbanan ‘frontliner’, sanggup tidur dalam kereta elak keluarga dijangkiti

Besar pengorbanan ‘frontliner’, sanggup tidur dalam kereta elak keluarga dijangkiti

Hanya buku menjadi peneman Dr. Sachin dan bila terasa rindu dia akan menghubungi keluarganya menerusi telefon.

Dr. Sachin mengambil keputusan untuk tinggal di dalam kereta kerana mahu selamatkan keluarganya daripada dijangkiti wabak Covid-19. (Gambar Twitter)

Frontliner atau mereka yang berada di barisan hadapan dalam menghulurkan bantuan kepada pesakit yang disahkan positif Covid-19 sangat besar jasa dan pengorbanan mereka.

Tanpa mereka siapa yang akan merawat pesakit covid-19 disebabkan kerja-kerja yang dilakukan mereka sangat berisiko ini membuatkan netizen respect dan kagum!

Malah timbul juga perasaan kesian apabila melihat mereka sanggup berjauhan daripada keluarga demi berjuang untuk negara.

Sebagai contoh Dr. Sachin Nayak yang bekerja di JP Hospital, Bopal, India merasakan situasi getir yang di hadapi di India ketika ini.

Menurut laporan India Today, difahamkan Dr. Sachin mengambil keputusan untuk tinggal di dalam kereta kerana mahu selamatkan keluarganya daripada dijangkiti wabak Covid-19.

Sehingga kini sudah seminggu Dr. Sachin tinggal di dalam kereta selepas pulang dari kerja.

Hanya buku menjadi penemannya dan bila terasa rindu dia akan menghubungi keluarganya menerusi telefon.

“Ketika kes Covid-19 mula dilaporkan, saya tak rasa takut sangat. Selepas lihat bilangan positif makin meningkat saya memutuskan untuk tinggal di dalam kereta saya,” kata Dr Sachin menerusi posting di Twitter.

Gambarnya menjalani kehidupan di dalam kereta itu tular hingga mendapat perhatian Ketua Menteri Madhya Pradesh, Shivraj Singh Chouhan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.