
Orang yang tamak selalu rugi! Itulah pepatah yang sesuai buat mereka yang sebelum ini tamak dengan memborong sehingga habis tisu tandas.
Mereka berpendapat dapat menjualnya menerusi atas talian dengan harapan dapat mengaut keuntungan berlipat ganda.
Namun semuanya musnah selepas beberapa pengendali atas talian melarang penjualan tersebut.
Berdasarkan perkongsian menerusi YouTube, seorang pemilik pasaraya menjadi berang apabila salah seorang pelanggannya mahu mengembalikan kira-kira 5,000 gulung tisu tandas dan 150 botol hand sanitizer selepas gagal menjual dalam talian.
Menurut pemilik rangkaian pasaraya di Australia Selatan, John-Paul Drake bertegas tidak akan memulangkan wang kepada lelaki itu.
Dalam video yang dimuat naik ke YouTube, Drake berkata disebabkan sikap tamak dan pembelian panik tisu tandas dan hand sanitizer yang dilakukan oleh sesiapa sahaja sebagai satu tindakan tidak masuk akal.
Ini kerana stok untuk 8 bulan boleh habis dalam masa 4 hari sahaja.
“Saya mempunyai pelanggan pertama semalam yang mengatakan bahawa dia ingin mendapatkan bayaran balik untuk 150 pek tisu tandas yang mempunyai 32 gulung dan 150 unit satu liter hand sanitizer. Tisu tandas itu mampu dimiliki 4,800 individu,” katanya menerusi YouTube.
Menurut Drake lelaki itu datang ke kedai untuk mendapatkan wangnya semula setelah laman web eBay enggan membenarkannya menjual barang-barang tersebut secara dalam talian.
Dalam video tersebut, Drake kemudian menunjukkan jari tengahnya dan mengatakan itu adalah balasannya atas permintaan tamak pelanggan tersebut.
“Saya memberitahunya itulah jenis orang yang menimbulkan masalah di seluruh negara.”
Sebelum ini beberapa pelanggan dirakam sanggup bertengkar malah ada yang mencederakan satu sama lain semata-mata berebut mendapatkan beberapa bekalan termasuklah tisu tandas, topeng hidung dan mulut serta hand sanitizer ekoran bimbang ia akan kehabisan stok atau harga dinaikkan.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]