Gali 250 kubur untuk mangsa Covid-19, Argentina buat persediaan awal

Gali 250 kubur untuk mangsa Covid-19, Argentina buat persediaan awal

Pihak berkuasa bandar Cordoba di Argentina mengarahkan beberapa orang untuk menggali sekitar 250 kubur bagi menghadapi sebarang kemungkinan kematian di negara tersebut.

Dianggarkan 5 hingga 6 lubang digali oleh setiap seorang dalam sehari. (Gambar Twitter)

Penularan begitu cepat wabak Covid-19 ketika ini sangat meninggalkan kesan kepada setiap negara di seluruh dunia.

Meskipun pelbagai langkah yang diambil seperti kawalan pergerakan, lockdown, penjarakkan sosial namun jumlah kes positif dan kematian terus meningkat setiap hari.

Sehubungan itu, segala persiapan awal di beberapa buah negara sudah dilakukan bagi menghadapi kes kematian yang berpunca daripada wabak itu.

Baru-baru ini dilaporkan, pihak berkuasa bandar Cordoba di Argentina mengarahkan beberapa orang untuk menggali sekitar 250 kubur bagi menghadapi sebarang kemungkinan kematian di negara tersebut.

Dan dianggarkan 5 hingga 6 lubang digali oleh setiap seorang dalam sehari.

Difahamkan, usaha ini dilakukan supaya negara tersebut dapat menghadapi senario terburuk yang berpunca daripada wabak itu, berikutan lebih daripada 1.9 juta telah disahkan positif di seluruh dunia dan telah meragut hampir 120,000 nyawa di seluruh dunia.

Menurut Kesatuan Tempatan yang melaksanakan tugas tersebut, mereka turut merancang untuk menggali 250 kubur lagi di sekitar San Vicente pada masa akan datang.

Untuk pengetahuan, Argentina bertindak secara agresif dalam memerangi wabak tersebut dengan melaksanakan “lockdown” dan menutup sempadan semenjak pertengahan bulan Mac.

Pelaksanaan tersebut berjaya membantu memperlambatkan kenaikan kes positif di negara tersebut, yang kini hanya mencatat lebih daripada 2,200 laporan dan 95 kematian.

Wilayah Cordoba ialah wilayah utama yang mempunyai penduduk kedua paling ramai selepas Buenos Aires.

Wilayah itu melaporkan sekurang-kurangnya 206 kes dan 5 kematian.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.