UAE benarkan kahwin secara ‘online’ selepas semua dokumen diluluskan

UAE benarkan kahwin secara ‘online’ selepas semua dokumen diluluskan

Pasangan pengantin akan menerima pengesahan sijil nikah itu melalui mesej teks.

Warga UAE boleh memilih tarikh untuk majlis perkahwinan dalam talian yang akan dikendalikan menerusi pautan video bersama jurunikah selepas semua dokumen berkaitan diluluskan.

Emiriyah Arab Bersatu (UAE) melancarkan perkhidmatan perkahwinan dalam talian yang membolehkan pasangan meneruskan pernikahan walaupun dalam sekatan pergerakan akibat pandemik Covid-19.

Kementerian keadilan berkata, warga UAE dan penduduk di sana boleh memilih tarikh untuk majlis perkahwinan dalam talian yang akan dikendalikan menerusi pautan video bersama jurunikah selepas semua dokumen berkaitan diluluskan.

Menerusi prosedur itu, jurunikah akan mengesahkan identiti pasangan dan saksi sebelum sijil nikah diserahkan kepada mahkamah khas untuk pengesahan.

Pasangan pengantin akan menerima pengesahan sijil nikah itu melalui mesej teks.

Perkhidmatan ini diperkenalkan selepas Dubai menggantung urusan berkaitan perkahwinan dan perceraian akibat kekangan pergerakan dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.

Namun, sehingga kini tidak ada sebarang maklumat mengenai langkah menyelesaikan urusan perceraian sepanjang tempoh sekatan pergerakan.

UAE mencatatkan 3,700 kes jangkitan Covid-19, termasuk 20 kematian.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.