Kek ‘tisu tandas’ penyelamat kedai roti hampir bankrap

Kek ‘tisu tandas’ penyelamat kedai roti hampir bankrap

Bisnes kedai roti kembali ‘hidup’ selepas hasilkan kek ‘tisu gulung tandas’ yang dimuat naik ke Instagram dan menjadi viral.

Bisnes kedai roti kembali ‘hidup’ selepas hasilkan kek ‘tisu gulung tandas’ yang dimuat naik ke Instagram dan menjadi viral. (Gambar Instagram)

Gara-gara arahan “lockdown” di beberapa negara menyebabkan perniagaan terpaksa berdepan kerugian.

Ia termasuklah di Finland apabila sebuah kedai roti hampir gulung tikar selepas tempahan roti dibatalkan sejak penularan wabak Covid-19.

Jika di Selatan Gaza popular dengan kek “korona”, bagaimanapun kedai di Finland iaitu Ronttosrouva secara tiba-tiba dibanjiri pesanan pelanggan gara-gara kek berbentuk “tisu tandas”.

Pemilik premis itu, Sanna Lampinen berkata, bisnesnya “hidup” semula selepas menghasilkan kek tisu gulung tandas dan memuat naik produk itu di akaun media sosial Instagram.

Usaha yang dilakukannya membuahkan hasil hingga dia dapat membayar gaji pekerjanya dan menambah 2 lagi kakitangan untuk memenuhi pesanan pelanggan.

Di Helsinki, hampir semua kedai roti mengalami masalah kewangan sejak bulan lalu susulan pembatalan tempahan.

Wabak Covid-19 menyebabkan bisnes di Finland hampir musnah, malah ia juga menyebabkan orang ramai melakukan pembelian panik termasuk membeli tisu tandas dalam jumlah banyak.

Disebabkan situasi semasa, pemilik kedai itu mendapat idea untuk menghasilkan kek tisu tandas dan ia ternyata memberi hasil.

“Ia idea yang signifikan dengan situasi semasa ketika ini,” katanya.

Kek itu dihasilkan menggunakan tepung gandum, krim markisa dan dilitupi dengan fondan putih serta pasta gula pekat.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.