
Atas dasar tanggungjawab, pelakon Indonesia Luna Maya mengambil keputusan untuk melakukan ujian saringan Covid-19 selepas pulang dari percutian di Brazil.
Ini kerana dia merasa bimbang dirinya menjadi pembawa wabak Covid-19.
Luna meluahkan rasa bimbangnya itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di saluran YouTube peribadinya.
“Sebenarnya saya berasa bimbang dan gementar sebab sebelum ini kan saya ada pergi bercuti. Balik daripada bercuti saya tidak mengalami sebarang simptom.
“Namun ada terfikir juga takut saya ini adalah pembawa virus itu atau bukan,” katanya.
Dalam pada itu, Luna bersyukur kerana keputusan ujian saringan yang diterima disahkan dirinya bebas daripada dijangkiti virus tersebut.
“Alhamdulillah keputusannya negatif, saya bebas daripada jangkitan wabak Covid-19 itu,” ujarnya.
Tindakan Luna perlu menjadi contoh kepada semua orang agar mempunyai rasa tanggungjawab dengan terus melakukan ujian saringan jika berasa sangsi dengan diri sendiri.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]