
Tianxing Zhang, 36, ditahan di daerah Brena ketika dia cuba mengambil sampel dari 2 wanita di pintu rumah mereka, kata polis.
Dia “sedang menjalankan ujian rapid Covid-19 menggunakan kit yang dicurinya” dari pihak berkuasa kesihatan Lima Sur di mana dia bekerja, menurut kenyataan polis.
Zhang memakai topeng dan apron perubatan biru muda ketika ditahan polis negeri.
Kedua-dua wanita itu membayarnya untuk menjalani ujian rapid di rumah tanpa kelulusan kementerian kesihatan.
“Ketika disoal siasat, dia mengakui dia tidak diberi kuasa untuk menjalankan ujian rapid ini dan Ujian Diagnostik Rapid dicuri dari Direktorat Rangkaian Kesihatan Bersepadu Lima Sur di mana dia bekerja,” kata polis.
Menurut polis, Zhang mengaku mencuri 2 alat ujian itu untuk digunakan ke atas mereka yang disyaki dijangkiti Covid-19 bagi mendapatkan wang.
Polis menemui sebuah beg galas yang berisi 25 alat ujian rapid Covid-19 dan bekalan perubatan lain di rumahnya.
Presiden Martin Vizcarra pada Rabu berkata 330,000 kit ujian rapid tiba di Peru dan diedarkan ke semua bahagian negara.
Kementerian Kesihatan melaporkan ia menjalankan 45,272 ujian rapid sehingga 12 April.
Negara Amerika Selatan itu setakat ini merekodkan 7,519 jangkitan dengan 193 kematian.