Gunung berapi Anak Krakatau kembali meletus

Gunung berapi Anak Krakatau kembali meletus

Letusan berlaku pada jam 9.58 malam tadi, yang mengeluarkan abu dan asap berwarna kelabu setinggi 500 meter.

Pada 22 Disember 2018, lebih 400 orang terkorban akibat letusan gunung berapi Anak Krakatau yang menyebabkan berlaku runtuhan sebahagian gunung berkenaan serta pergerakan tanah di bawah dasar laut yang mencetuskan tsunami. (Gambar Bernama)
JAKARTA:
Gunung berapi Anak Krakatau, yang pernah meletus pada 2018 dan mencetuskan tsunami mengorbankan beratus nyawa, kembali meletus malam tadi.

Menurut kenyataan Pusat Vulkanologi, Mitigasi dan Bencana Geologi (PVMBG) Indonesia, letusan itu berlaku pada jam 9.58 malam, yang mengeluarkan abu dan asap berwarna kelabu setinggi 500 meter.

“Ketika ini Gubung Anak Krakatau berada pada status Tahap II (Waspada) dan penduduk sekitar tidak diperbolehkan mendekati kawah dalam radius 2 km dari kawah,” kata kenyataan itu.

Pada 22 Disember 2018, lebih 400 orang terkorban akibat letusan gunung itu yang menyebabkan berlaku runtuhan sebahagian gunung berkenaan serta pergerakan tanah di bawah dasar laut yang mencetuskan tsunami.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.