
Seperti negara maju di Korea, China atau dalam filem yang kita tonton, rupanya di Malaysia pun sudah ada teknologi “digital tracking” dalam bentuk gelang digital.
Menurut The Borneo Post, mana-mana individu yang menaiki kapal terbang dan mendarat di Sarawak akan diberikan tag tersebut.
Mereka perlu mengikuti arahan yang telah disertakan bersama Health Alert Card iaitu sebelum arahan dikuarantin di Pusat Kuarantin pada April 2020.
Difahamkan Kerajaan Negeri Sarawak mengambil inisiatif hasil usahasama dengan Sarawak Multimedia Authority dengan memperkenalkan Digital Tracking untuk mana-mana individu yang disyaki dan diarahkan untuk menjalani “Self Quarantine” di rumah.

Bagaimana gelang digital ini berfungsi?
- Individu perlu menggunakan Tag tersebut selama tempoh kuarantin.
- Di tag tersebut terdapat barcode untuk mereka scan dan mereka perlu memuatnaik aplikasi yang berkaitan untuk melaporkan keberadaan mereka.
- GPS perlu diaktifkan semasa log in ke aplikasi tersebut.
- Individu tersebut dikehendaki melaporkan status setiap hari jam 8 pagi dan 8 malam sehinggalah 14 hari.
- Turut dinyatakan dalam pamplet tersebut hukuman yang akan diberikan jika mereka ingkar dengan arahan tersebut.
- Tag ini hanya boleh ditanggal dan diserahkan semula ke Pusat Saringan untuk disahkan bebas daripada tempoh kuarantin.
2 kategori dihasilkan oleh Sarawak Multimedia Authority
Sebagai tambahan, gelang tangan digital ini direkacipta oleh Sarawak Multimedia Authority yang merupakan antara agensi Kerajaan Sarawak.

Gelang tangan digital ini mempunyai 2 kategori iaitu kuarantin di rumah dan kuarantin di hospital.
Ia akan memudahkan pihak berkuasa Sarawak untuk mengetahui dimanakah keberadaan mereka sepanjang di dalam tempoh kuarantin dilakukan.
Gelang tangan digital ini juga akan diberikan kepada mana-mana rakyat Sarawak yang pulang dari luar Sarawak kerana arahan telah diberikan kepada mereka untuk dikuarantin di rumah selama 14 hari.
Sarawak merupakan negeri pertama di Malaysia yang menggunakannya setakat ini.
Satu usaha yang baik untuk rakyat Malaysia agar sama-sama dapat menangani wabak Covid-19.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]