
Katanya, kelulusan bersyarat itu diberikan kepada syarikat di Tawau, Lahad Datu, Kinabatangan, Semporna, Kunak dan Kalabakan untuk meneruskan operasi bermula hari ini.
Selain peraturan ditetapkan Jabatan Kesihatan, syarikat terbabit perlu mematuhi syarat berikut:
- Tiada kakitangan disahkan positif Covid-19;
- Tiada pesakit dalam siasatan (PUI) yang bekerja dengan mereka;
- Tiada kontak rapat antara pekerja ladang dan kilang, serta pesakit Covid-19 atau PUI.
“Jika syarikat itu didapati melanggar syarat itu, kelulusan akan ditarik balik serta-merta,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, ahli Parlimen Semporna itu mengarahkan Jabatan Kesihatan dan polis melakukan pemeriksaan di lapangan sebelum kerajaan negeri menentukan jika industri itu boleh meneruskan operasi ketika PKP.
Katanya, beliau memerlukan fakta dan tidak boleh hanya bergantung kepada jaminan daripada pihak terjejas dalam industri itu yang mereka bebas daripada virus covid-19.
Hari ini, Shafie berkata, kelulusan itu akan dikaji semula dari semasa ke semasa.